Home Kenyataan Media PAS Johor

Kemelut politik : Perpaduan jalan penyelesaian

87
SHARE

KEMELUT POLITIK : PERPADUAN JALAN PENYELESAIAN

Kehangatan politik hari ini dalam negara semakin membahang sehingggakan nasihat daripada pelbagai pihak badan NGO/NGI termasuk dari pihak Istana langsung tidak dihiraukan.

Kerajaan terus diasak dari semua penjuru meskipun telah pelbagai rancangan dan usaha dilakukan untuk memulihkan negara dan menangani masaalah pandemik Covid-19.

Pihak pembangkang seperti ‘ikan yang mabuk dituba’ ini terus menggila untuk merampas kuasa.

Tawaran Perdana Menteri pada sidang media lepas, menunjukkan sikap tolak ansur pihak Kerajaan seharusnya diterima baik oleh pihak pembangkang.

Setelah kita mengalami kemelut Kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan ruang dan masa kepada Kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama.

Selepas selesai mengatasi masalah wabak yang melanda ini barulah kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih Kerajaan yang mereka mahu.

Cukuplah menjadi pengajaran kepada kita bahawa Kerajaan lama yang telah memerintah sejak kemerdekaan sehingga pertukaran Pakatan Harapan (PH) telah mendatangkan pelbagai permasalahan seperti amalan rasuah yang berleluasa serta tercetusnya perbalahan diantara satu sama lain.

Pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua pihak tanpa mengira Kerajaan sahaja demi menyelesaikan masalah darurat musibah dan bencana, sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan, dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja.

Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang.

Maka, kalangan yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit, adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.

Kami menyeru kepada semua tidak kira pihak Kerajaan mahupun pembangkang agar terus bekerjasama mengatasi wabak yang sedang melanda ini dengan mengetepikan dahulu kepentingan-kepentingan peribadi mahupun kelompok tertentu.

PAS Johor berdiri teguh di belakang Tuan Guru Presiden menyeru para pemimpin Parti-parti Melayu agar elakkan perpecahan dan menjadikan ‘perpaduan’ sebagai agenda utama negara.

Terima kasih.

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)

15 Ogos 2021 | 6 Muharram 1443H