Home Berita PAS Perak

Kematian Tukang Kebun Dapat Perhatian Exco Perak

1487
SHARE

Image may contain: 4 people

PARIT BUNTAR, 18/07/2020, 1.05pm-

Sebaik mendapat makluman YB Tuan Haji Razman Zakaria segera bergegas ke hospital Parit Buntar bagi menziarahi keluarga tukang kebun Sekolah Kebangsaan Seri siakap, Mohd Huda Ismail 47 tahun, yang meninggal dunia setelah rebah ketika berehat daripada menjalankan tugas di sekolah tersebut.

Image may contain: one or more people and outdoor

Ketibaan YB disambut Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Parit Buntar merangkap Ahli Majlis Daerah Kerian Tn. Hj. Hayat seterusnya berjumpa dengan keluarga Allahyarham yang berada bilik menunggu.

YB menyantuni keluarganya yang kelihatan Sebak dan sedih dengan ucapan takziah dan berharap mereka sabar dalam menghadapi ujian. YB turut menghulurkan sumbangan tunai peribadi kepada isteri allahyarham.Image may contain: 2 people, people sitting

Selang beberapa ketika Adun Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus diiringi pegawai khas tiba di hospital dan disambut oleh YB Razman seterusnya bersama-sama menjumpai Waris dan keluarga si mati. YB Abdul Yunus turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga allahyarham Mohd Huda serta mengucapkan takziah dan berharap keluarga bersabar atas musibah yang berlaku.

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

Keperihatinan wakil Rakyat tersebut di mana kedua-dua mereka juga merupakan Exco kerajaan negeri Perak dapat dilihat apabila terus menunggu sehingga jenazah disiapkan oleh pihak hospital kemudian bersama-sama dengan keluarga mengangkat jenazah ke dalam kenderaan untuk dibawa pulang ke kediamannya di Parit Haji Taib Bagan Serai untuk disemadikan di sana. Menurut maklumat yang diterima keluarga Mohd Huda layak untuk menerima bantuan dari Perkeso atas musibah yang menimpa.

#SemogaRohnyaDicucuriRahmat