Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kematian Adib, Khabar Duka Buat Malaysia

2346
SHARE

Kematian Adib, Khabar Duka Buat Malaysia

Jam 9.41 malam 17 Disember 2018, perginya seorang wira, Muhammad Adib, seorang anggota bomba yang sedang bertugas semasa rusuhan di Kuil Maha Mariyamman, Seafield, Subang Jaya.

Kita menerima khabar ini dengan hati yang hiba, kerana kejadian yang berlaku sebelum ini telah menggemparkan satu Malaysia, hingga mengakibatkan kematian insan yang tidak berdosa.

Saya mewakili seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah terutama buat ayah dan ibu Adib serta ahli keluarga seluruhnya. Bersabarlah di atas ujian ini. Mudah-mudahan setiap yang berlaku ada hikmahnya.Semoga kehilangan ini akan memberikan 1001 hikmah dan iktibar buat semua.

Di samping itu, kami juga berharap semoga ada keadilan yang akan dipertahankan buat keluarga Adib. Yang bersalah mestilah dihukum sesuai dengan ajaran Islam.

Berbahagialah Adib di sana, dan bersaksilah seluruh rakyat Malaysia sangat merasai pemergian Adib dan menitipkan doa yang sebaiknya buat Al-Marhum.

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Disember 2018 bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1440