Home Berita PAS Pahang

Kemantapan parti bergantung kepada kemahiran pemimpin

35
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 6 Mei – Pimpinan PAS perlu mampu memberikan panduan, dorongan, motivasi dan berkomunikasi berkesan, agar ahli-ahli berperanan demi kemantapan parti.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu menegaskan dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-35  Dewan Muslimat PAS (DMP) kawasan Kuantan di Dewan As-Saadah di sini semalam.

Katanya lagi pimpinan juga mesti tahu kemahiran setiap ahlinya agar tugasan menepati kemahiran yang mereka ada demi kejayaan dan kekuatan jemaah.

Sementara itu Ketua DMP kawasan Kuantan Ustazah Rosmani Mustafa dalam ucapan aluannya berkata pendokong dan pejuang yang berjiwa besar hendaklah bersedia untuk berkorban demi memastikan Islam diletakkan di tempat yang tinggi lagi mulia.

Seramai lebih dari 100 orang perwakilan dari 14 cawangan dalam kawasan Kuantan telah menghadiri MAT ini bersama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuantan, Dewan Ulamak dan Guru-Guru PASTI Kuantan.