Home Berita PAS Johor

Kemalangan Maut di Kulai : Dua Beradik Cetus Hiba

2252
SHARE

Kemalangan Maut di Kulai : Dua Beradik Cetus Hiba

‘Aisyaa Yasmin

KULAI : Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka, Herry Mohd Ali, 43 tahun dan Khairrunisa Azman, 34 tahun maut dalam kemalangan setelah tayar kiri belakang kereta yang dinaiki pecah dan terbabas dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru, di sini Sabtu malam.

Lebih memilukan, kemalangan itu hanya disedari oleh Propel Plus 12 jam selepas berlaku. Mereka yang berumur enam dan empat tahun yang berada di belakang semasa kejadian tercampak keluar dari kereta, ditemui hanya pengsan dan mengalami kecederaan ringan.

Kejadian ini turut mendapat perhatian wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Johor, Zuryati Yasin bersama beberapa orang kepimpinan Muslimat Negeri.

Menurut Zuryati Yasin, peristiwa hiba ini sangat menginsafkan dan mendidik pengguna jalan raya untuk lebih peka akan keadaan semasa kenderaan masing-masing terutamanya apabila berkaitan dengan tayar.