Home Berita PAS Perlis

Kem Sahsiah Guru Medan Pemantapan Guru-guru Pelatih PASTI Perlis

2863
SHARE

Oleh : Muhammad Hadi

PADANG BESAR : PASTI Negeri Perlis telah menganjurkan Kem Sahsiah Guru (KSG) 2018 pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, bertempat di Kem Motivasi dan Rekreasi Wanza Indah Permai, Beseri, Perlis.

Seramai 17 orang guru pelatih yang mengikuti Sijil Perguruan PASTI termasuk dua orang peserta dari negeri Kedah telah menyertai kem tersebut.

Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abdul Jalil, Kem Sahsiah Guru merupakan program wajib yang perlu diikuti oleh para guru pelatih Sijil Perguruan PASTI sebelum dianugerahkan Sijil Perguruan PASTI.

Ujarnya lagi, antara objektif utama penganjuran KSG adalah menerapkan semangat berpasukan di kalangan peserta di samping membina ketahanan fizikal dan mental guru-guru pelatih berkenaan.

Selain itu katanya, para peserta turut diberikan bimbingan dalam aspek pengurusan diri dan kumpulan yang merupakan antara aspek paling penting dalam pengurusan sesebuah organisasi PASTI.

Sepanjang tiga hari dua malam, pelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta, antaranya berkawad, treasure hunt, slot ikhtiar hidup dan pertolongan cemas, night walk, pengurusan acara, qiyamullail dan aktiviti air.

Majlis penutup KSG 2018 telah berlangsung pada 20 Mac 2018 dan disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Azmir Azizan, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis.