Home Berita PAS Pahang

Kem Khalifah Muda Al Ansar selesai berlangsung

1018
SHARE

TEMERLOH – Program Kem Khalifah Muda Al Ansar telah diadakan di Kompleks Tarbiah Darul Ansar, Lanchang.

Seramai 103 orang pelajar terdiri daripada 59 lelaki dan selebihnya perempuan. Program berlangsung selama tiga hari dan dua malam bermula 27hb hingga 29hb November 2017.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Naib Yang Di-Pertua [NYDP] PAS Kawasan Temerloh; En.Hassan bin Omar.

Pelbagai pengisian kerohanian, motivasi, ilmu feqah dan beberapa aktiviti outdoor juga disediakan seperti menunggang kuda, memanah, demonstrasi penyembelihan dan lain-lain lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Pelaksana, Fasilitator yg terlibat membantu menjayakan program ini, hanya Allah yang mampu membalas jasa semua. InsyaAllah.