Home Artikel PAS Pulau Pinang

Kem Anak Hebat lahir generasi soleh Penaga

704
SHARE

IZWAN ABDUL HALIM  29 MARCH 2019

KEPALA  BATAS: Halwa Dun Penaga telah menganjurkan Kem Anak Hebat yang dilangsungkan sempena cuti sekolah ini di Masjid Jamek Kampung Lembah, Permatang Janggus, di sini, semalam.
Kem ini bertujuan membentuk kesedaran anak-anak terhadap kewajipan solat untuk didirikan dengan kesempurnaan menurut sunnah serta menjadi anak soleh dan solehah kepada ibu bapa serta keluarga.
Dihadiri 60 peserta berusia 6 hingga 11 tahun, kebanyakan mereka adalah anak penduduk tempatan dari Kampung Lembah, Kampung Permatang Janggus, Kampung Lahar Minyak dan Kampung Guar Tun Syed.
Menerusi bimbingan Ustazah Yuzihasra Ibrahim dan para fasilitator berpengalaman, kem julung kali dan merupakan siri pertama ini mendedahkan peserta kepada teori dan amali wuduk serta solat.
Selain itu kem turut diserikan dengan motivasi, muhasabah dan kuiz untuk memantapkan teori dan amali telah dipelajari menerusi slot dikendalikan Imam Masjid Ahmad Badawi, Ustaz Hambali Zulkifli.
Majlis penutup kem ini telah disempurnakan dengan kehadiran Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah yang berharap usaha ini akan melahirkan generasi Islam pembangun kesejahteraan ummah. – HARAKAHDAILY 29/3/2019