Home Berita PAS Perlis

Keluarga ‘Frontliner’ Terima Sumbangan ADUN Sanglang

566
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis bukan sahaja menjejaskan kehidupan para penduduk setempat, malah turut memberi kesan kepada para petugas barisan hadapan.

Menyedari akan perkara itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan bertempat di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, dekat sini semalam.

Sumbangan telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang Mohd. Shukri Ramli kepada sebanyak 14 buah keluarga para petugas barisan hadapan yang terlibat.

Menurut Mohd. Shukri, majlis berkenaan diadakan bagi meringankan beban para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memerah keringat bagi memastikan keadaan di kawasan berkenaan pulih daripada ancaman Covid-19.

“PKWR Sanglang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerjaan Negeri Perlis yang telah memperuntukkan barangan keperluan harian seperti beras,minyak masak,gula,susu dan lain-lain lagi untuk diserahkan pada hari ini,” katanya ketika ditemui di sini.