Home Kenyataan Media PAS Johor

Kelonggaran kepada penerima vaksin : PAS Johor sambut baik pengumuman PM

33
SHARE

KELONGGARAN KEPADA PENERIMA VAKSIN : PAS JOHOR SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PERDANA MENTERI

PAS Johor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Malaysia berkenaan beberapa kelonggaran yang diberikan kepada mereka yang telah mendapat vaksin mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) setiap Negeri.

Kelonggaran yang telah diumumkan semalam akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos 2021. Kelonggaran tersebut amat menitikberatkan dua aspek iaitu memperkukuh institusi keluarga dan menjana ekonomi domestik yang amat berkait rapat dengan permasalahan yang sedang menimpa rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama program vaksinasi negara terus melonjakkan angka membanggakan dimana data terkini seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

Namun, kelonggaran yang diberi ini bukan bermakna kita bebas bergerak ke mana sahaja tanpa sebab tetapi kita perlu terus mematuhi SOP dalam setiap pergerakkan serta perlu mengawal penularan wabak Covid-19.

PAS Johor menyeru kepada semua agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta memanfaatkan ruang yang ada ini untuk pulihkan ekonomi.

 

USTAZ ABDULLAH HUSIN

Pesuruhjaya

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

9 Ogos 2021 | 30 Zulhijjah 1442H

#MalaysiaPrihatin

#MenangBersama