Home Berita PAS Sabah

Kelas mengaji percuma untuk mualaf

79
SHARE

Oleh : Nur Uraifah Shah
21 Julai 2022

KOTA KINABALU: PAS Sepanggar telah menganjurkan Kelas Asas Membaca Al Quran 1.0 secara percuma di Kampung Naalap, di sini pada ahad lepas.

Seramai 40 orang peserta majoriti terdiri daripada golongan muallaf telah hadir dalam siri pertama ini.

Menurut penyelaras program, Syamsul Maarif, sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk kampung dan di jangka lebih ramai yang akan menyertai siri berikutnya.

“Penduduk kampung sangat mengalu-alukan kelas mengaji ini dan berharap dijalankan secara konsisten di kampung ini.

“Kami membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang bagi menaik taraf pembangunan surau dan membeli keperluan semasa sesi kelas mengaji,” ujar Syamsul yang juga AJK Pemuda PAS Sepanggar.

Surau Al Hidayah, Kampung Naalap merupakan satu-satunya surau yang ada di kawasan sekitar Bukit Kokol untuk penduduk Muslim dan mualaf.

Turut hadir bersama Ketua Penerangan PAS Sepanggar, Azman Talib dan Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Sepanggar, Surziani Ahmad.

Bagi masyarakat yang ingin memberi sumbangan, boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 10052010005872 atas nama PAS Kawasan Sepanggar.