Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Lahir Mujahid Siber, Kuasai Media Baru

800
SHARE

Oleh: Mohd Hafiz Hasbullah & Najah Izzati

KANGAR: Jelajah Rangsangan IT PRU 14(JeRIT) yang diadakan di Kompleks PAS Perlis(KOMPAS) pada 21 Mei 2017 telah berjaya menarik kehadiran peserta. Kira-kira 60 orang peserta mendaftar, terdiri daripada wakil Jabatan IT Negeri, Jabatan Pilihan raya Negeri dan Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Program yang diadakan bermula jam 9.00 pagi itu antaranya membariskan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Cikgu Syukri Ramli merangkap ADUN Sanglang memberikan ucapan perasmian yang menyentuh tentang kesedaran terhadap kepentingan data raya dan penggunaan Media Baru dalam menjana kemenangan PRU ke 14.

Selain itu, program tersebut turut menampilkan Timbalan Pengarah JITP PAS Pusat, Saudara Wan Asrul Affendi dan juga COO Data Apps, Tuan Mohd Nasri Mohd Zaid.
Program anjuran Jabatan IT Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai gerak kerja IT dan Media Baru dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke -14.

Program ini turut menarik minat hadirin untuk bertanya soalan berhubung beberapa isu yang berkaitan dengan gerak kerja IT sebelum menjelangnya pilihanraya.

Di akhir program, para peserta mendapat kesedaran dan mengakui peri pentingnya Media Baru dan data raya yang perlu digunakan pada PRU ke -14