Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Kelantan Model Kerajaan Berteraskan Islam

895
SHARE


Kelantan Model Kerajaan Berteraskan Islam

Oleh: Ibnu Kamal

Kerajaan Kelantan merupakan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh barisan Ulamak dan profesional.

YB Che Abdullah Mat Nawi di dalam ucapannya pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan menyebut bahawa kerajaan Kelantan merupakan satu contoh sistem kepimpinan Islam di abad ini.

“Sebenarnya, Kelantan telah menunjukkan satu model kepimpinan Islam terbaik abad ini”, ujarnya.

“Kelantan yang memulakan kerajaan Teknokrat sepertimana yang digagaskan oleh Tuan Guru Presiden”, katanya lagi.

Menurutnya lagi, calon dan ahli majis mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah dipilih merangkumi semua golongan ulamak dan juga profesional yang bertaraf teknokrat.

“Ada doktor perubatan, ada doktor falsafah, ada peniaga dan korporat. Dan yang paling penting, ada ulamak serta tokoh agama yang pandai mentadbir negeri dengan penuh integriti”, tegas beliau di dalam ucapannya.

Kerajaan Teknokrat yang telah digagaskan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan satu pentadbiran kerajaan yang merangkumi gabungan ulamak dan umarak di dalam satu pentadbiran mengikut kepakaran masing-masing.

Kerajaan Teknokrat merupakan satu tawaran PAS untuk rakyat Malaysia bagi membina sebuah negara yang boleh bersaing dengan negara-negara maju yang lain, juga telah dibuktikan hasilnya di Kelantan.