Kelantan Contoh Negeri Membangun Dengan Islam
Oleh: Aishah Halim
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dalam kenyataan bertarikh 15 April menegaskan PAS serius dalam perjuangan politik mereka.
Katanya, dasar PAS iaitu Islam, melalui pembawaan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tidak langsung mendatangkan kemudaratan kepada bangsa dan agama lain.
“Bahkan, kesejahteraan dan keharmonian jelas terpancar di bumi Kelantan.
“Tidak pernah walau sekali, timbul isu diskrimimasi atau perbalahan antara kaum, secara tidak langsung memberi gambaran rahmah yang dibawa oleh Islam kepada semua,” katanya.
Tegas beliau, perjuangan PAS dalam memperjuangkan sebuah negara yang terdiri di dalamnya dasar dan nilai Islam dalam konteks demokrasi adalah suatu komitmen dengan bukti, bukan sekadar slogan.
Beliau menyeru agar rakyat memberi kepercayaan kepada PAS bagi melihat sebuah negara sejahtera yang mengikut acuan Islam.