Home Berita PAS Sabah

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring PAS Sepanggar meriah

1245
SHARE

Oleh : Zulaikha Zulkiflee
22 Oktober 2019

SEPANGGAR : Kejohanan Futsal dan Bola Jaring PAS Kawasan Sepanggar dianjur penuh meriah yang diadakan di Borneo Sports Arena (BSA), Kolombong, dekat sini semalam.

Pertandingan yang merupakan program tahunan ini telah disertai oleh 17 buah pasukan futsal dan bola jaring terdiri daripada Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Kawasan Sepanggar.

Penyelaras Parlimen PAS Sepanggar, Aspar Akbar ketika berucap dalam majlis penutupan menyebut tentang kepentingan program yang dapat membina jalinan ukhuwah dalam kalangan peserta.

“Melalui pertandingan seumpama ini juga dapat mendidik diri kita untuk berusaha bersungguh-sungguh mengejar kejayaan,” tambahnya.

“Menang atau kalah itu adat dalam pertandingan dan sekiranya menang, ia satu anugerah, namun jika kalah ambillah pengajaran daripadanya,” ujarnya lagi.

Dalam pertandingan futsal, Johan telah dirangkul oleh JIBG PASTI Al-Amal, sementara Naib Johan dan Tempat Ketiga masing-masing dimenangi oleh JIBG PASTI Al-Amin serta JIBG PASTI As-Salam.

Bagi pertandingan bola jaring pula, Johan disandang oleh JIBG PASTI Al-Fateh, sementara Naib Johan dimenangi oleh JIBG PASTI An-Najah dan Tempat Ketiga pula diraih oleh JIBG PASTI As-Solihin.

Hadir sama memeriahkan pertandingan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Hj Yakub Khan.