Home Artikel PAS Sabah

Ameerah anjur Sembang Santai ulas keterlibatan wanita dalam politik

420
SHARE

Oleh : Norsilah Rabiu
22 Oktober 2019

PUTATAN : Ameerah Putatan dan Sepanggar telah berkerjasama mengadakan Sembang Santai Ameerah yang bertajuk ‘Keterlibatan Wanita dalam Arena Politik di Malaysia’.

Program yang berlansung di SRITI Imam As-Syafie Kepayan, Putatan pada sabtu itu telah disampaikan oleh Pengarah Ameerah Pahang, Ustazah Solehah Shah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ameerah Sabah, Hasima Abu Nawas serta beberapa orang audiens terdiri daripada Ameerah Putatan, Ameerah Sepanggar, Briged Muslimat dan Sigma Sabah.

Ketika berucap, Ustazah Solehah menyatakan bahawa aktiviti seumpama ini amat penting bagi membuka minda muslimat muda khususnya berkenaan isu politik Malaysia.

“Pengundi wanita membawa jumlah yang hampir sama dengan lelaki, ini membuktikan bahawa peranan wanita sangat diperlukan dalam arena politik,” jelasnya.

“Ameerah serta muslimat muda perlu menjalankan dakwah fardiah kerana itu lebih menarik hati mad’u kita pada hari ini,” ulasnya lagi.