Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kehadiran Ketua-Ketua Wanita Menambah Seri Muktamar

133
SHARE

Oleh: Nurul Ashidah Johari

SHAH ALAM, 18 Oktober – Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS turut dihadiri oleh rakan sekutu Perikatan Nasional antaranya mewakili Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP), Ketua Serikandi Bersatu, Ketua Wanita Gerakan, Ketua Pergerakan dan Ketua Pergerakan Wiranita Putra.

Kehadiran Puan G. Parvati, Datuk Seri Rina, Puan Chung Monsie, Puan Laila Norinda dan ketua-ketua exco menyerikan lagi muktamar ini.

Warna-warni muktamar kali ini dengan kehadiran berbilang kaum, bangsa dan agama menunjukkan semangat kebersamaan walau berbeza wadah dan fahaman.

Tema “Penyatuan Ummah, Menuju Kemenangan” bergema dilaungkan dalam dewan muktamar oleh duet pengerusi majlis yang cantik manis.

184 kawasan menghantar perwakilan dan lebih 2,000 orang tetamu membanjiri majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat ke 63 ini.