Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kecil di Tapak Tangan, Semoga Besar Ganjarannya di Timbangan Mizan

816
SHARE

Kecil di Tapak Tangan, Semoga Besar Ganjarannya di Timbangan Mizan

11 Jun 2017, Perlis : “Jauh perjalanan, luas permandangan, kutip pengalaman, erat silaturrahim”. Kini Semarak Kasih Ramadhan berada di Utara Semenanjung, Negeri Perlis Indera Kayangan.  Skuad Prihatin dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) meneruskan misi mereka di Sekitar Kangar, Perlis untuk menyampaikan amanah penyumbang kepada mereka yang memerlukan. 

Hasil dari usaha dan kerja keras PAS Negeri Perlis, mereka telah berjaya menjejaki sebanyak 15 buah keluarga yang layak menerima sumbangan dan dikategorikan dalam golongan MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim). Alhamdulillah, mereka telahpun menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan seperti beras, minyak, tepung, gula dan barangan dapur beserta wang tunai untuk setiap keluarga.

Rombongan Skuad Prihatin disambut mesra dan penuh ramah. Mereka juga melahirkan rasa yang amat bersyukur dan terharu atas keprihatinan PAS di atas penganjuran program ini. Sumbangan yang dihulurkan membuatkan mereka merasa amat dihargai dan masih ada yang peduli. Tiada lain harapan dari Skuad Prihatin melainkan semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa itu sedikit sebanyak dapat menampung keperluan mereka di Bulan Ramadhan ini.

Negeri Perlis antara negeri yang bertuah kerana program ini dihadiri dan diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Bersama-sama mengiringi Ustazah Nuridah juga adalah Setiausaha DMPM, Dr. Nurul Hani Ali, Penolong Setiausaha 1 DMPM, Puan Norhafiza Fadzil, Penolong Setiausaha 2 DMPM, Puan Norazlin Md Samsudin, Penolong Setiausaha 3 DMPM, Saudari Mardhiah Hayati  Zolkeplai, Bendahari DMPM, Dr. Che Faridah Ismail, Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Perlis (DMPNPs), Ustazah Latifah Bt Mat dan juga AJK DMPNPs. Selain itu juga mereka dibantu oleh Briged Muslimat PAS Negeri Perlis, Ameerah Negeri Perlis serta Ketua-Ketua Halwa DUN yang memeriahkan lagi program.

Antara luahan perasaan dari salah seorang peserta program mengenai pengalaman beliau sepanjang program ini, katanya “Di saat kita sedang bergembira menyambut Ramadhan, masih ada sahabat-sahabat kita yang ditimpa kesusahan. Masih ada juga golongan yang tidak berkemampuan. Masih ada juga mereka yang sangat memerlukan bantuan.”Tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang lagi saudara-saudara kita di luar sana yang masih memerlukan bantuan kita.

Justeru itu, pihak LKK DMPM masih tidak berputus asa untuk menyeru saudara saudari yang budiman untuk tidak berhenti menghulurkan sumbangan bagi menjayakan misi Skuad Prihatin ini.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan ke akaun:MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan dan usaha kecil ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”