Home Rencana PAS Perak

Kebenaran di Sebalik Perjuangan

49
SHARE

Kebenaran di Sebalik Perjuangan

Dalam menelusuri era globalisasi kini, kita acap kali digemparkan oleh khabar berita tentang peperangan yang berlaku di Gaza Palestin. Setiap penderitaan dan tangisan mereka menjadi titik permulaan kita dalam mengambil cakna tentang konflik yang berlaku sepanjang peperangan ini. Justeru, isu ini telah menarik perhatian segenap lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Hal ini kerana, perkara ini berkaitan dengan hak asasi manusia. Tetapi selepas diteliti ada segelintir masyarakat yang masih tidak mengambil peduli akan isu ini. Oleh itu, kita perlulah mengetahui sejarah yang berlaku disebalik peperangan ini.

Menyingkap tabir fakta yang pertama, pada permulaannya, kita merujuk semula kepada kisah nabi terdahulu iaitu nabi Ibrahim A.S yang dibakar oleh Raja Namrud akan tetapi dengan kekuasaan Allah S.W.T api itu tidak mencederakan sedikit pun Nabi Ibrahim A.S. Selepas peristiwa itu nabi Ibrahim berpindah ke bumi Palestin kemudian lahirlah 2 oang anak iaitu Nabi Ismail A.S dan Nabi Ishaq A.S yang menyambung tradisi bani Israel. Selepas itu, beralih pula kepada zaman Nabi Yaakub A.S yang mempunyai ramai anak, dan salah seorang anak Nabi Yaakub ialah Nabi Yusuf A.S. Pada suatu hari, abang–abangnya meminta kepada ayahnya untuk membawa Nabi Yusuf A.S berjalan – jalan akan tetapi tidak diizinkan ayahnya iaitu Nabi Yaakub A.S kerana takut diapa-apakan atau dimakan oleh serigala, akan tetapi kerana ayahnya tidak sampai hati maka dia benarkan abang–abangnya itu membawa nabi Yusuf A.S berjalan–jalan. Ketika mereka sedang berjalan-jalan , mereka tiba ke satu tempat yang mempunyai perigi, lalu dicampakkannya Nabi Yusuf A.S ke dalam perigi itu oleh abang-abangnya. Hal ini kerana, abang-abangnya ada sifat iri hati terhadap Nabi Yusuf A.S. Selepas itu, tidak lama kemudian datang sekumpulan pedagang tiba di perigi tersebut lalu mereka melihat Nabi Yusuf A.S. Mereka terpegun dengan ketampanan dan perwatakan yang dibawa oleh Nabi Yusuf A.S, lalu mereka membawanya balik ke Mesir.

Setelah tiba ke Mesir pedagang tersebut menjual Nabi yusuf ke Raja Mesir iaitu Fir’aun dan baginda menjadi anak angkat kepada raja tersebut. Pada ketika itulah berlakunya kisah di antara Nabi Yusuf A.S dengan Zulaikha iaitu isteri kepada Fir’aun. Selepas peristiwa tersebut berlakunya kemarau yang berpanjangan sehingga yang boleh bertahan hanyalah Mesir sahaja dengan bantuan Nabi Yusuf A.S. Maka datanglah beberapa negara untuk meminta bantuan daripada Mesir dan diantaranya ialah adik beradik kepada Nabi Yusuf A.S, akan tetapi mereka sudah insaf dengan perbuatan mereka. Apabila mereka ingin meminta bantuan daripada Mesir, alangkah terkejutnya mereka bila mendapat tahu bahawa yang memberikan bantuan itu Nabi Yusuf A.S sendiri. Lalu ketika itulah mereka betul-betul insaf dengan perbuatan mereka dan meminta maaf kepada Nabi Yusuf atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

Disebabkan hati yang lembut baginda pun memaafkan mereka. Nabi Yusuf mengajak kesemua Bani Israel untuk tinggal di Mesir. Akan tetapi Raja Firaun tidak menyukai bani Israel kerana dia bermimpi bahawa keturunannya akan dimusnahkan oleh anak-anak Israel. Oleh itu dia memerintahkan semua anak lelaki bani Israel dibunuh. Apabila ibu Nabi Musa mendapat tahu akan berita tersebut, dia meletakkan bayinya ke dalam sebuah kotak lalu dia mengapungkannya ke sungai Nil. Dia mendapat idea ini menerusi wahyu ilahi. Ia ditemui oleh keluarga Firaun, dan nabi Musa dibesarkan di istana Firaun.

Nabi Musa membesar sebagai seorang pemuda yang kuat dan bijak. Suatu hari dia menyaksikan seorang pekerja Israel diseksa dan berperang melawannya, yang menyebabkan baginda harus melarikan diri ke Midian. Bersamanya Nabi Harun dan Nabi Musa kembali ke Mesir untuk menuntut kebebasan bagi bani Israel. Apabila Firaun mengejar mereka, Tuhan membelah Laut Merah supaya bani Israel selamat memasuki kota Palestin. Kemudian Laut Merah kembali dan menenggelamkan tentera Firaun yang mengejar.

Selepas itu, Nabi Musa dan Nabi Harun telah wafat Ketika dalam perjalanan mereka ke Kota Palestin, dan semasa dalam perjalanan berlaku peperangan kerana kerajaan Palestin ketika itu dihuni oleh puak yang sangat ganas dan hebat. Mereka tidak membenarkan Bani Israel untuk menjejakkan tanah ke bumi Palestin. Lalu turunlah ayat quran surah Al-Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang “ akan tetapi sifat bani Israel merasa sejenis yang penakut dan mereka berkata “ Wahai Musa, kami sesekali tidak akan memasukinya ( tidak mahu berjihad ) selama-lamanya ( ke negara Palestin ), selagi mereka ada di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja” surah Al-Maidah ayat ke
24.

Oleh sebab itulah bani Israel menjadi bangsa yang sangat hina dan sebab itu jugalah tanah Palestin bukanlah tanah yang dijanjikan untuk mereka dan mereka juga banyak melakukan perkara yang terkutuk.

Oleh Muhammad Adib Hakim bin Zulkipli