Home Berita PAS Pahang

Katil pesakit gembirakan hati keluarga warga emas

48
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 14 Jan : Katil Pesakit sangat diperlukan untuk pesakit yang terlantar, memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang khusus di rumah.

Selain daripada memberi kemudahan kepada pesakit, ia juga sangat membantu kepada kesihatan penjaga yang menghadapi masalah sakit belakang dan sebagainya sepanjang penjagaan tersebut.

Atas rasa prihatin, Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti (PKM) PAS DUN Semambu Ustaz Zulfadli Zakaria telah menyumbangkan katil pesakit kepada warga emas Zainuddin Abdul Razak (64) di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh Kuantan baru-baru ini.

β€œKami sangat prihatin dan berusaha untuk membantu masyarakat sekitar yang memerlukan, namun ianya tidak dapat dilaksanakan tanpa ada bantuan dari orang ramai, memandangkan kos katil pesakit adalah tinggi,” kata Zulfadli.

Menurut beliau PKM bersama Pertubuhan Kebajikan Perihatin Semambu dan NGO Semambu Care telah berusaha mencari dana hasil sumbangan dari orang ramai.

β€œKatil tersebut hanya dipinjamkan kepada pesakit dan perlu dikembalikan apabila pesakit telah sembuh dan tidak memerlukannya lagi, agar dapat dimanfaat pula kepada pesakit lain yang memerlukan.

β€œSemoga dengan usaha kami ini dapat merapatkan hubungan PAS Semambu dengan masyarakat sekitar yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan RTP Bukit Goh Mat Fadly Kasim berkata keluarga pesakit sangat terharu dan berterima kasih di atas pemberian katil yang sangat-sangat diperlukan, di mana mereka tidak mampu untuk membelinya.

Pesakit mengidap sakit stroke dan tidak mampu mengurus diri hanya dibantu oleh ahli keluarganya.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Pertubuhan Kebajikan Prihatin Semambu boleh salurkan ke akaun Maybank 55601148860.