Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Katil pesakit buat pesakit strok

21
SHARE

Oleh : Azamah Awang

Penyampaian katil pesakit oleh Tuan Haji Ishak Omar

SEREMBAN, 13 Julai 2021 – Ishak Omar, Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan dengan kerjasama PAS Kawasan Seremban, telah menyerahkan sumbangan wakaf katil boleh laras kepada Puan Asiah binti Hj.Mohd Nor, 57, di sini hari ini.

Beliau yang juga seorang ibu tunggal dan telah mengihdapi stok lebih setahun kini.

Beliau menumpang kasih dan tinggal bersama kakaknya di Gedung Lalang, Ampangan.

Semoga dengan sumbangan katil ini dapat membantu memudahkan urusan harian Puan Asiah.

Turut hadir dihadiri oleh Tn.Hj Ishak bin Yahaya, Setiausaha PAS Kawasan dan Ishak bin Mahadumsa, Bendahari PAS Seremban.