Home Rencana PAS Perak

KARYA KREATIF | Pensil… Kehidupan

159
SHARE

Pensil… Kehidupan

Pensil…
Dicipta oleh manusia,
Diraut cantik,
Diukur kecil kayunya

Pensil…
Hujungnya ada mata,
Diasah dengan pengasah pensil,
Asah hingga timbul mata yang tajam

Pensil…
Mata yang tajam,
Tajam di tengah…
Timbul dari dalamnya
Hujungnya tajam halus,
Bila ditulis meninggalkan kesan

Apabila aku selalu menggunakan pensil,
Sama ada aku belajar,
Mahupun apa saja saat di perlukannya

Terkadang aku tertanya tanya,
Apa adanya nilai pada pensil,
Diguna setiap selalu oleh kita

Aku pun mencari dan belajar,
Mengenal apa nilainya pada pensil,
Yang senantiasa jadi penemanku

Akhirnya aku mengerti…
Dan aku pelajari kembali,
Apakah yang bernilai di sebalik pensil ini

Pensil dilihat seperti biasa,
Tapi bukan sekadar pensil,
Walau sebatang kecil dan besar,
Pensil adalah nilai pada hidup manusia

Pensil…
Apa saja yang dilakukan,
Pasti ada meninggalkan kesan

Amat bernilai…
Dan berguna pada kita,
Untuk jadikan pensil sebagai nilaian

Kertas yang Kosong,
Kita perlukannya untuk menulis,
Buku yang kosong,
Kita perlukannya untuk mengarang,
Itulah apa yang berguna untuk kita,

Batang yang cantik,
Berjalur warna garisan pelbagai,
Halus tajam di hujungnya,
Bukan itu nilainya pada kita,
Apa kita nilai,
Yang berguna apa yang ada di dalamnya,
Bukan bahagian luarannya,
__________________

Ingin kucitrakan padamu sahabat,
Nilai pensil ada sama nilai hidup,
Hidup adalah suatu kembara,
Kembara yang jauh jalannya,
Mencari sinar erti hidup,

Hidup ini agak panjang,
Pelbagai liku kehidupan yang berbeza,
Hidup bukan hanya menumpang seketika,
Peluang untuk kita berbakti pada-Nya,
Untuk kita ciptakan suatu perjuangan,
Perjuangan, harungi halangan yang bertembok,

Sekukuh tembok batu yang menghalang,
Rebah berkecai di tengah jalan,
Apa saja orang menghalang,
Tiada gusar, aku hadapi segalanya dengan tabah,
Umpama obor menerangi malam gelita,
Akan kutempuh jalan yang diredhai

Membina teratak sama bekerja,
Bermandi keringat bawah terik mentari,
Menyiapkan perahu layaran,
Berpayah mendayung di tengah lautan,
Mencari rezeki lautan tiada gusar,
Dari terbit hingga terbenam mentari

Bersusah senang mencari rezeki bersama,
Hidup serumpun di bumi mekar,
Mencari nafkah untuk hidup,
Hidup serumah di dunia ciptaan-Nya,
Apa-apa pun ujian yang menimpa,
Redhai segala apa pemberian-Nya,
Berdoa sentiasa pada Yang Esa,
Moga hidup di bawah lindungan-Nya

A. NAZIM
Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak