Home Rencana PAS Perak

KARYA KREATIF | Merdeka Membina Tamadun

52
SHARE

Oleh: A. Nazim

Jiwa muda,
Dikau Penentu Nasib Bangsa Mu,
Semangat Membara demi Kesejahteraan Tanah Air,
Hapus Penjajah yang Menghampiri Mu,

Jangan Biarkan Malaysia hancur bercerai rebah,
Pertahankan Negara Mu dari Perpecahan,
Tangkis Serangan Yang Datang,
Waspada Peluru Yang Tak Bermata,

Mari kita membina tamadun,
Berani Muafakat Sesama Kita,
Berpegang teguh pada prinsip rukun negara,
Jauhi Dari Manusia …
Menggugat Keutuhan Agama dan Bangsa,

Kebebasan hidup harga yang tetap,
Tidak boleh dijual beli,
Hanya Mahu Kita Hargai,

Perpaduan adalah rumpun keharmonian,
Jaminan Ciri Budaya …
Adat Resam yang Kita Miliki,

Wira yang gugur,
Tercipta nama di persada tugu negara,
Riwayat ditulis, Wasiat Pada Anak Bangsa,
Dilukis Pada Inskripsi, Mengenang Jasa Peristiwa Sejarah Perjuangan,
Jiwa Raga Dikorbankan,
Demi Kebebasan Tanah Air Tercinta,

Muzium Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan
(04 Jun 2011 )