Home Berita PAS Perak

Karnival Teluk Intan Sejahtera mengeratkan hubungan pelbagai usia

53
SHARE


Oleh : Nur Asilah Noor

Teluk Intan, 18 November : Lima Dekad berlalu, PAS Teluk Intan terus melangkah ke hadapan dengan penganjuran Karnival Teluk Intan Sejahtera di Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) Kampung Padang Tembak di sini, semalam.

Karnival ini dianjurkan bagi menghargai jasa pengorbanan generasi awal dalam usaha memastikan gerakerja berlandaskan syariah Islamiah terlaksana.

Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafiei berkata, Karnival sempena Jubli Emas PAS Teluk Intan ini diharap dapat menarik lebih ramai masyarakat menyedari keberadaan PAS dalam mempersada tarbiah, dakwah dan siasah.

Katanya, karnival ini antara lain ingin mengajak masyarakat kembali menghayati hidup tanpa alam siber dan internet (justeru) mengembalikan kenangan nostalgia yang lalu.

Karnival yang berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 12 malam baru-baru ini melibatkan hampir 10 acara pertandingan antaranya, acara memancing, ‘e-sports untuk golongan lelaki (manakala) permainan congkak, musang berjanggut untuk wanita.

Tidak ketinggalan juga pertandingan memasak dan gubahan (di samping) permainan ‘soopa doopa’ dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Telah berlangsung juga penyampaian hadiah penulisan kreatif serta anugerah khas seperti Anugerah Tokoh Istiqamah yang telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Amar Diraja Hj Mohd Amar Abdullah pada sesi malam karnival tersebut.

Tambah Mohd Azhar, keterlibatan masyarakat dalam karnival seperti ini dapat memupuk nilai kebersamaan dalam komuniti seterusnya mewujudkan jaringan erat antara pelapis muda dan orang lama.

Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua PAS, Rostam Malek, Pengarah Karnival, Mat Zin Boestami Jaya serta ahli jawatankuasa yang lain.