Home Artikel PAS Perak

Karnival Rakyat Dun Manjoi Eratkan Hubungan Setempat

85 views
SHARE

Alhamdulillah selesai sudah program Karnival Rakyat Dun Manjoi yang diadakan di Klebang Jaya, siang tadi. Program anjuran Pas Dun Manjoi itu mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan penduduk setempat.

Pelbagai acara diadakan untuk setiap peringkat umur seperti pertandingan mewarna, sukaneka, cabutan bertuah, rawatan syifa’ serta pemeriksaan kesihatan. Acara khusus untuk dewasa turut diadakan seperti ‘dart challenge’ untuk lelaki serta acara musang berjanggut dan mengupas kulit epal untuk wanita.

Program turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Hafez Sabri selaku Ketua Pemuda PAS Tambun serta Ikon Pemimpin Masyarakat Tambun, Ustaz Ibrahim Zakaria. Turut diadakan ialah acara menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada penduduk sekitar yang memerlukan.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak PAS Dun Manjoi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada para ahli jawatankuasa yang terdiri dari Pemuda, Muslimat serta ahli-ahli PAS dari Zon Klebang yang telah sama-sama membantu menjayakan program ini.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Diharapkan semoga program-program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan supaya dapat dikukuhkan hubungan silaturrahim antara PAS dan rakyat setempat.