Home Artikel PAS Perak

Harmonikan Ukhuwwah Dalam Menghadapi PRU 14

105 views
SHARE


Changkat Jering , 23 Februari :
Semua pemuda khususnya di Bukit Gantang perlu diperkukuhkan sama ada dari segi fizikal dan semangat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Exco Pemuda PAS Perak , Ustaz Abdul Qahar Shamsuddin.
“Kita selaku Pemuda PAS perlu memainkan peranan masing-masing mendekati secara bersemuka dan memahami harapan serta kebimbangan tentang peningkatan kos sara hidup, inflasi dan sebagainya .” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang di Dewan Seminar Era Edar di sini, pada 23 Februari yang lalu.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri , YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Pengarah ARC Perak , Roslan Talib , wakil muslimat , Urusan Ulamak , PASTI , SRITI , Amal , DACS , ARC Bukit Gantang serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Bukit Gantang.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Abdul Qahar berkata semua Pemuda PAS perlu memainkan peranan dan bekerjasama dengan pemuda cawangan agar gerak kerja pilihanraya berjalan lancar.

“PRU kali ini sangat kritikal dan mencabar untuk PAS mempertahankan rekod kemenangan di Bukit Gantang dan memastikan kemenangan di DUN Kuala Sepetang , Trong dan Changkat Jering yang akan ditandingi dalam pilihanraya nanti , katanya.

Ikrar pemuda yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fadlan Bin Abdul Rahman dijalankan sebagai simbolik agar semua pemuda dapat bersatu padu dalam menghadapi pilihanraya nanti.

Majlis turut diselit dengan persembahan buskerz dari kumpulan Sohib Buskerz.

Mesyuarat agung turut disertai perwakilan dan pemerhati daripada pemuda cawangan dan pimpinan kawasan.