Home Berita PAS Perak

Karnival Milenia Sejahtera dapat sambutan hangat, capai sasaran

211
SHARE

Jaudin M Amin – 27 Ogos 2022

PARIT BUNTAR – Karnival Milenia Sejahtera anjuran bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dan PAS Kawasan Parit Buntar mencapai sasaran dengan penyertaan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Pengarah Karnival Milenia Sejahtera 2022, Hakimi Hamzi Haji Hayat berkata, “Pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur menyertai program sepanjang dua hari ini yang diisi dengan acara-acara menarik.

“Kami menjangkakan kira-kira 5,000 pengujung akan menghadiri karnival ini, namun ia telah melepasi sasaran tengahari ini. Semua acara yang dianjur mendapat sambutan yang menggalakkan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Parit Buntar menambah, matlamat program ini adalah untuk mendekatkan masyarakat dengan PAS di mana rakyat perlu tahu bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik yang menanti musim pilihanraya semata-mata.

“PAS adalah sebuah gerakan dakwah yang mempertahan dan mendaulatkan kesucian Islam. PAS juga menggerakan kerja-kerja kebajikan dan membangunkan institusi pendidikan seperti PASTI, SRITI, SMITI dan institusi pendidikan tinggi.

“Untuk tujuan itu, kami menawarkan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-hasanah, Titi Serong yang menjadi lokasi karnival hari ini untuk pendidikan peringkat rendah. Kami sedang merancang untuk membangunkan sekolah di peringkat menengah bersebelahan dengan sekolah ini.

Selain itu, intitusi pendidikan pra-sekolah, PASTI adalah produk pendidikan awal untuk kanak-kanak dari usia empat hingga enam tahun telah mendapat tempat di sisi masyarakat yang mendambakan pendidikan berteraskan Islam.

Beliau menambah, maklumbalas positif daripada para pengunjung memberikan kekuatan kepada kami untuk menganjurkan program-program seumpama ini di masa hadapan.

“Penglibatan pelbagai peringkat usia yang menyertai pelbagai acara mewujudkan suasana harmonis dan ceria ditambah lagi dengan kehangatan kita meraikan Kemerdekaan Ke-65 minggu hadapan.

“Dengan penganjuran karnival seumpama ini juga dapat membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat dan ruang untuk usahawan-usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka”, katanya.

Karnival Milenia Sejahtera yang bermula pada 26 dan 27 Ogos dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti Kayuhan Ambang Merdeka, merentas desa, tahlil perdana, kenduri rakyat, e-sukan, pemeriksaan kesihatan percuma dan Forum Keluarga Sakinah.