Home Berita PAS Perak

Hawa Explorace : Rekreasi santai Muslimat sambil belajar sejarah perjuangan PAS

156
SHARE

Jaudin M Amin – 27 Ogos 2022

PARIT BUNTAR – Kemeriahan Karnival Milenia Sejahtera 2022 diteruskan pada sesi petang ini dengan acara Hawa Explorace anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar.

Seramai 55 peserta yang melibatkan 11 kumpulan di kalangan Muslimat pelbagai peringkat usia sekitar parlimen Parit Buntar menyertai acara unik ini.

Urusetia Program, Zubaidah Abdul Rahim berkata, “Tujuan program adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara setiap peserta disamping mendalami sejarah perjuangan PAS melalui soalan-soalan kuiz yang perlu dijawab oleh setiap kumpulan.

“Walaupun ia dilaksanakan secara santai, rata-rata peserta dilihat mempamerkan kerjasama untuk menyelesaikan tugasan dengan bersungguh-sungguh.

Sebanyak 11 hentian yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan dan di setiap hentian mereka akan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang disenaraikan.

“Selain itu, acara seumpama ini adalah salah satu cara memasyarakatkan orang ramai dengan PAS. Penyertaan golongan muda yang memberansangkan mencapai matlamat dan memberi makna yang positif kepada penganjuran program ini.

Johan acara Hawa Explorace memenangi hadiah wang tunai bernilai RM300, RM200 untuk tempat kedua dan tempat ketiga pula sebanyak RM100.

Selain Hawa Explorace, Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar, anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang diketuai Dr Haslina Hassan turut menganjurkan program jualan Amal baju-baju terpakai,beg,karpet dengan harga serendah RM1.

Karnival Milenia Sejahtera yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti Kayuhan Ambang Merdeka, merentas desa, tahlil perdana, kenduri rakyat, e-sukan, pemeriksaan kesihatan percuma dan Forum Keluarga Sakinah.