KENYATAAN MEDIA PAS PERAK
KAPAL PERANG CHINA KENAPA PUSAT BERDIAM?
PAS Perak mengambil cakna berkaitan kapal perang China yang dilaporkan berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang sebagaimana di laporkan akhbar. Ia menjadi perbincangan dan persoalan yang perlu di perjelaskan oleh kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pertahanan. Sebelum ini di laporkan beberapa pencerobohan asing di perairan negara oleh China. Di laporkan juga ketegangan yang berlaku antara Kapal China dan pasukan keselamatan negara jiran kita Indonesia dan Filiphina.
PAS Perak merasakan kerajaan Pusat melalui kementerian Pertahanan tidak boleh membiarkan persoalan ini terus menjadi tanda tanya. Ia juga sewajarnya mendapat perhatian dari Kementerian Luar. Apakah kehadiran kapal tentera laut China ini satu lawatan rasmi yang di atur kerajaan pusat membabitkan Kementerian Pertahanan? Jika ianya lawatan rasmi mengapa tiada laporan penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia atau Kementerian Pertahanan.? Kehadiran 1000 tentera laut asing walaupun atas nama kadet pelatih adalah sesuatu yang besar membabitkan kapal perang dan bukan kapal pelancongan. Sebuah kapal perang biasanya dilengkapi peralatan canggih termasuk pengintipan. Apakah isu ini tidak menjadi kebimbangan negara?
Lebih menjadi persoalan ialah mengapa seramai 150 orang tentera PLA China seperti tersebar di media maya mengadakan lawatan atau program di sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang? Apakah Kementerian Pendidikan di maklumkan berkaitan perkara ini atau tidak? Adalah sesuatu yang pelik dan janggal di saat wakil rakyat pembangkang yang di pilih rakyat di larang mengunjungi sekolah sekalipun mengucapkan hari guru, tetapi satu pasukan tentera sebuah negara yang berfahaman komunis di benarkan membuat kunjungan besar besaran di sekolah yang pastinya di bawah kuasa Kementerian Pendidikan?
Turut menimbulkan persoalan ialah maklumat yang menyebut lawatan ini di buat oleh sebuah sekolah persendirian atas nama pertukaran budaya. Apakah semua prosedur melibatkan kementerian luar telah di patuhi? Mengapa Exco Perlancongan Pulau Pinang sahaja yang membuat kenyataan sedangkan ia membabitkan hubungan antara negara dan berkait Ketenteraan yang merupakan isu keselamatan .
Terlalu banyak persoalan yang perlu di jelaskan oleh Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Kementerian Pendidikan. Kebimbangan rakyat ada asasnya dalam situasi kehangatan isu perairan negara yang masih di pertikaikan.
PAS Perak merasa bertanggungjawab mendesak kerajaan memberi jawapan kepada persoalan yang berlegar di kalangan rakyat Malaysia. Jangan biarkan isu keselamatan negara terus di persoalkan dan kerajaan membisu dalam perkara yang sangat penting ini. ini.
“ ADIL PRIHATIN BERKEBAJIKAN ”
YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA
PESURUHJAYA
PAS NEGERI PERAK
09 OKTOBER 2024 / 05 RABIULAKHIR 1446H