Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kait PAS dengan Taliban hanya Tuduhan

78
SHARE
Kenyataan Media
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1. Seringkali pihak yang tidak merujuk fakta yang sahih dengan begitu mudah mengaitkan PAS dengan Taliban.
2. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mempertikaikan kenyataan bahawa PAS menggunakan Taliban demi meningkatkan imej islamik.
3. PAS telah terlibat dalam politik Malaysia semenjak awal dengan menyertai Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Julai 1955. Sehingga kini PAS masih konsisten menggunakan medium demokrasi melalui pilihan raya tanpa pernah mengangkat senjata untuk mengambil alih pemerintahan.
4. PAS telah terbukti menghormati keharmonian mengamalkan agama berbilang kaum di Malaysia sepertimana dijamin Perlembagaan. Tidak pernah sejarah mencatatkan PAS meruntuhkan rumah ibadah atau patung simbol keagamaan mana-mana pihak.
5. Malah dalam PAS terdapat Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) yang dianggotai bukan Islam.
6.Ucapan tahniah kepada sebuah negara yang sudah bebas dari penjajahan tidak wajar dipesongkan maksudnya dengan  tuduhan mengiktiraf keganasan. Penjajahan adalah satu bentuk kekerasan yang bertentangan dengan hak asasi manusia. Ia adalah satu pencabulan hak asasi merentasi agama dan bangsa.
7. DMPM menegaskan bahawa pihak berautoriti mestilah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar keharmonian negara dapat dikekalkan.
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’
‘Islam Menyatukan Ummah’
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 April 2022 | 8 Ramadan 1443H