Home Rencana PAS Perak

Kain kapan tidak berpoket | Karya Kreatif

60
SHARE

Kain kapan tidak berpoket

Melaung dirumah,
Tiada lagi sahut ditanah.

Hilang suara tiada lagi kedengaran,
Hilang tubuh tiada lagi kelihatan.

Terhenti deretan nafas,
Dalam senyap degupan jantung,
Terbujur kaku jasad,
Mengadap Ilahi,
Bersama esak tangis tersayang.

Tiada lagi jalan pulang,
Menyusuri robek hati,
Tiada lagi perit gusar, membebani.

Semua berciciran dijalan-jalan duniawi,
Bertaburan di angin sepi.

Hanya amal ibadah menemani,
Dalam kiraan dosa pahala.

Tiada bertih mencanang,
Bisu sudah pujian membukit.

Kini,
Tuailah segala kebaikan,
Yang segar meranum dalam taqwa keihlasan,
Tiada tercela dek hampas kotoran,
Tiada bersisa retak tersimpan.

Derita bahagia kini bersimpul noktah…

Tinggallah semuanya,
Tanpa secarik harta dunia.

Hakikatnya…

Kain kapan tidak berpoket, untuk menampung.
Membawa segala kerakusan duniawi.

Tinggallah,
Bumi ditumpangi,
Selamatlah ke negeri abadi,
Bersemadi.

Atas nisan yang tegak…
Tidak condong-condong.

Allahuakbar!

Aamiin.

Nukilan,
Zie Ismail🌷