Juara Ahli Parlimen Paling Kontroversi
Hasan Al-Basri rahimahullah pernah berkata : “Sesungguhnya fitnah ini, jika dia datang maka sudah diketahui oleh setiap alim dan jika dia sudah pergi maka baru diketahui oleh setiap yang jahil.”
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Kelak akan ada banyak FITNAH kekacauan dimana di dalamnya orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada yang berusaha (dalam fitnah). Siapa yang menghadapi kekacauan tersebut maka hendaknya dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung darinya maka hendaknya dia berlindung.” (HR. Al-Bukhari no. 3601 dan Muslim no. 2886)
1) Umum mengetahui bahawa Malaysia mempunyai seorang Yang Berhormat Ahli Parlimen yang suka mencipta publisiti murahan dengan fitnah dan berita kontroversi. Malahan kerap mencabar untuk disaman.
2) Penipuan demi penipuan yang dilakukan beliau menjerat dirinya sendiri. Dalam isu MRT, tindakan salah kira Ahli Parlimen tersebut menutup tirai 2016 dengan kisah lucunya. Kisah lucu ini boleh dibaca pada pautan http://m.malaysiakini.com/news/367835
3) Ahli Parlimen tersebut juga membawa isu Tabung Haji seolah beliaulah orang yang paling layak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji. Sama-sama kita nantikan episod kontroversi dari beliau. Dalam isu yang melibatkan Tabung Haji sebelum ini,YB Senator Ashraf Wajdi telah bertindak menyaman beliau. Boleh kita teliti di pautan ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1474115969285112&id=116331768396879
4) Klimaks kontroversi YB Ahli Parlimen tersebut apabila bertindak mencatur Langkah Kajang. Arkitek yang mencorak penipuan terancang menafikan kebenaran dan ketelusan seorang Menteri Besar di Selangor. Sangat dahsyat fakta yang dilontarkan, namun hakikatnya hanya nombor yang direka demi kepuasan matlamat politik yang menghalalkan cara. Kemudian tanpa segan silu meminta maaf selepas dibunuh karekternya. Kita bole baca dalam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1010606382307202&id=145165568851292
5) Terkini menuduh PAS mengambil duit 1MDB melalui orang rapat PAS. Kemudian dinamakan Ust Nasharuddin Mat Isa yang merupakan bekas pimpinan PAS. Jelaslah Ahli Parlimen ini merupakan juara kontroversi. Orang sebegini, dalam bahasa kita sebut, dengar boleh percaya jangan. Semoga Allah bukakan hati beliau untuk bertaubat.
“Inilah Penyelesaian Kita”
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Sedia Memerintah”
Syakirin Hussin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak
{jathumbnail off}