Home Artikel PAS Perlis

JPRPK Kangar Anjur Iftar Perdana

568
SHARE

KANGAR: Bersempena Ramadhan yang kian tiba ke penghujungnya, Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kangar telah menganjurkan program Iftar Perdana yang telah berlangsung pada 19 Jun 2017 bertempat di Kompleks PAS (KOMPAS), Kangar, Perlis.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Perlis, Wan Hassan Wan Ismail, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Salleh Adam dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kangar, Baharudin Ahmad adalah antara 100 orang yang hadir dalam program tersebut. 

Program bermula dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Salleh Adam disusuli bacaan doa oleh Ustaz Massaudi Hj Din.

Memasuki waktu Maghrib, para hadirin berbuka puasa dengan jamuan ringan terlebih dahulu sebelum menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai solat, para hadirin menikmati juadah berbuka puasa.

Untuk makluman, para peserta yang hadir adalah mereka yang telah membeli kupon yang dikeluarkan oleh JPRPK Kangar. Hasil jualan kupon tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan fakir miskin manakala sebahagiannya pula diperuntukkan ke dalam dana JPRPK.

Selain itu, pihak penganjur turut menjemput seramai 20 orang pelajar daripada Madrasah Ad-Diniah (MADI) ke program iftar ini bagi bersama-sama menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.

JPRPK Kangar merakamkan jutaan terima kasih kepada para penaja dan penyumbang yang telah bermurah hati untuk menyumbang demi menjayakan program iftar tersebut. 

{jathumbnail off}