Home Berita PAS Pulau Pinang

JPrD Sg Acheh Anjur Karnival Rakyat berkonsepkan BPMS

1324
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

NIBONG TEBAL, 12 Februari 2018: Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) Sungai Acheh, bersama Pasti Sungai Acheh telah menganjurkan Karnival Rakyat yang berlangsung semalam ditapak perkarangan PASTI dengan jayanya.

Karnival yang dikunjungi oleh para tetamu seawal jam 8 pagi itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari berbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.

Bertepatan dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS dilihat berjaya memberi kesan terhadap masyarakat yang membenci budaya keras, kasar dan politik melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif yang negatif.

Pengarah program merangkap Ketua Penerangan Pas Kawasan dan juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya DUN (JPrD) Sg Acheh, Nor Zamri Latif berkata tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat tanpa mengira ideologi politik dan ia menjadi titik pertemuan dan kebersamaan dalam jalinan tersebut bersuaian dengan BPMS yang diterapkan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti sukaneka, mewarna, rawatan syifa’, bekam sunnah, pemeriksaan kesihatan, memanah, sumpit, permainan belon angin untuk kanak-kanak, kereta kawalan jauh dan juga gerai-gerai jualan termasuk jualan pakaian terpakai.

Selain itu pihak penganjur menyediakan khidmat gunting rambut kepada pengunjung dan penggantian minyak hitam untuk motosikal secara percuma.

Manakala acara yang berbentuk pertandingan seperti da’ie cilik, kucing berhias, sandwich berpasangan, musang berjanggut, timbang sepak raga dan motor lambat mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung.

Karnival itu telah dirasmikan oleh Ketua Lajnah Pekerja PAS Pulau Pinang, Ustaz Usman Jaafar, menegaskan anak-anak perlulah dididik melalui sistem pendidikan awal Islam dengan menghantar ke prasekolah di PASTI seterusnya menyambung ke SRITI dan Maahad Tahfiz untuk melahirkan generasi bertakwa.

Hadir memeriahkan karnival, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Fauzi Yusof yang turut memberikan hadiah kepada para pemenang seterusnya untuk acara perasmian penutup, disaksikan oleh YB Ustaz Hj Abu Bakar Hussin, Adun PAS Titi Serong, Parit Buntar, YB Dato Mahmud Zakaria, Adun bn Sungai Acheh.

Karnival yang telah dikunjungi lebih 700 orang peserta itu berakhir jam 1.30 petang dan di sambung semula pada sebelah malamnya dengan Forum Perdana bersama ahli panel jemputan Ustaz Edeey Amin Ibrahim, Ustaz Zulkifli Zainon dan moderator Ustaz Mahyuddin Ishak di Masjid Jamek Sg Acheh.