Home Berita PAS Perlis

JPRD Bintong edar daging kepada kepimpinan PAS cawangan

44
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 18 Julai: Jentera Pilihan Raya DUN (JPRD) Bintong mengadakan program edaran daging bertempat di Kampung Nesam, dekat sini, pagi tadi.

Edaran dibuat kepada para pemimpin PAS cawangan-cawangan dalam DUN berkenaan.

Pengarah JPRD, Abd Jamil Kamis berkata, sumbangan daging berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang jasa kepada parti.

“JPRD DUN Bintong juga ingin meraikan mereka di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara JPRD dengan kepimpinan di peringkat cawangan.

“Selain itu, sumbangan daging ini juga diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan mereka rentetan pelaksanaan PKP ini khususnya menjelang sambutan Aidil Adha yang akan datang tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini.