Home Berita PAS Selangor

Jom vaksin! ikhtiar mematikan penularan COVID-19 – Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor

131
SHARE

May be an image of 3 people and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Hjh. Wan Hasrina Wan Hasan dalam satu kenyataan media sosial menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk meluangkan sedikit masa mendaftarkan diri untuk menerima suntikan Vaksin COVID-19 dan mengajak agar kita semua memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kerajaan di dalam usaha membentuk imuniti kelompok menerusi penggunaan vaksin.

Berdasarkan kenyataan tersebut beliau menyatakan, Vaksin secara amnya mengandungi antigen yang diperoleh daripada struktur virus atau bakteria dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi merangsang tindak balas imuniti badan untuk melawan jangkitan tersebut. Suntikan vaksin juga mampu mencegah kemudaratan yang lebih besar,contohnya peningkatan penularan penyakit dan jumlah kematian yang tinggi.

“Mari sama-sama kita sahut seruan kerajaan dalam menyebarluaskan pendaftaran vaksin. Kitalah penentu samada usaha kerajaan ini akan berjaya atau gagal. Jika kita telah mendaftar, sebarkan maklumat kepada saudara mara dan keluarga kita agar bersama-sama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 ini” sambung beliau lagi.

“Semoga dengan pengorbanan tinggai para barisan hadapan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini iaitu kembali kepada rutin kehidupan kita seperti sediakala, InshaAllah”, akhir kata beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor