Home Berita PAS Selangor

Jiwa Besar Tuan Guru : Menerajui Politik Matang Dan Sejahtera – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

621
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin

Kebijaksanaan langkah beliau amat dikagumi seantero dunia. Beliau merupakan Bapa Perpaduan Ummah dan Negara. Yang mengorbankan seluruh usia muda dan senjanya demi agama. Yang menggadaikan batang tubuhnya dalam membina budaya politik matang dan sejahtera. Yang berjiwa besar mengenepikan segala persengketaan dan perseteruan politik.

Ayuh kita menelusuri sebentar langkah-langkah berani dan kebijakan politik beliau demi memastikan kestabilan Negara yang tercinta.


Pada 2008, Tuan Gurulah satu-satunya pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang secara terbuka menolak projek 16 September bagi menumbangkan kerajaan BN melalui undi tidak percaya [1] . Tuan Guru mengajar kami bahawa politik retorik seperti ini akan menggugat kestabilan dan merosakkan akar umbi teras negara.

Pada 2009, Tuan Guru memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan – bagi menyatukan seluruh parti dan mengukuhkan pemerintahan negara. Tuan Guru dihina dengan kata jijik dan nista, tetapi hari ini model kerajaan tersebut telah berjaya diamal di negara jiran kita.

Pada 2015, Tuan Guru memberi arahan agar tidak ada ahli parlimen PAS terlibat dalam undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak. Akhirnya DSN kekal sebagai Perdana Menteri dan Tuan Guru ditohmah sebagai penerima rasuah 1MDB.

Pada 2019, Tuan Gurulah pemimpin pembangkang pertama yang bertemu Tun Mahathir dan mengisytihar secara terbuka bahawa partinya akan menolak sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Ia bukan bermakna PAS menyokong Mahathir, tetapi ia adalah langkah bagi mengelakkan negara terjerumus kepada perebutan kuasa antara dua fraksi.

Pada 2020, Tuan Gurulah yang pertama mengeluarkan kenyataan mahukan usul percaya kepada Mahathir dibuat. Sehinggalah akhirnya Mahathir meletakkan jawatan pada akhir Februari sekaligus menanam batu nisan terakhir kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Pada akhir Februari 2020, Tuan Gurulah orang pertama yang menandatangani akuan menyokong TS Muhyiddin tanpa syarat sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan kerajaan baru terbentuk segera.
Dan ketika berlakunya ribut politik kali ini, Tuan Guru tidak pernah menghentam parti sekutu, sebaliknya menunjukkan tauladan untuk tidak campur tangan dengan pendirian parti rakan.

Tuan Guru hanya mahukan retorik itu selesai melalui proses perlembagaan. Pertukaran kuasa itu tiada masalah, tetapi biarlah dengan cara yang tidak menyebabkan ekonomi terganggu dan rakyat muak dengan politik murahan.

Kerana pada akhirnya politik Islam itu tujuan utamanya adalah kestabilan. Kerana kestabilan akan menzahirkan keamanan.

Terima kasih Tuan Guru kerana memperkenalkan kami dengan politik kenegaraan – seni politik yang meletakkan kepentingan negara melebihi parti, diri dan taulan.

Terima kasih daripada anak muridmu ini yang menyalin sisa ilmu daripada kejauhan. Sungguh jasamu untuk negara dan umat akan terlakar dalam lipatan tinta emas sejarah untuk generasi akan datang.

Selamat hari lahir ke 73 kepada Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi bin Awang.

Kredit: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PemudaPAS
#MemimpinNegara