Home Berita PAS Melaka

Jika sokong tolong pulang mengundi – Mas Ermieyati

290
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 16 Okt: Pengundi-pengundi dalam kalangan penyokong Perikatan Nasional digesa agar pulang untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15 ini, kata penyandang Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Menurut beliau, sekadar dengan kata-kata dan pengakuan menyokong dari jauh sahaja tidak akan memberi makna sekiranya mereka tidak pulang mengundi.

Tambahnya, kesilapan ini yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun lepas telah menyebabkan beliau gagal memenangi kerusi DUN Tanjung Bidara yang ditandinginya.

“Pada hari itu apabila pengundi luar tidak balik menjelang 12 tengah hari saya sudah tahu saya kalah. Bila saya telefon pengundi luar dia kata ‘YB saya sokong YB, tapi minta maaf saya tak balik, YB minta maaf saya tak dapat balik tapi apapun saya sokong YB’.

“Setakat sokong daripada jauh tak cukup. Sebab itu apabila tidak keluar mengundi akan memberi impak atau kesan kepada kita iaitu pada hari pembuangan undi,” ujar beliau.

Mas Ermieyati turut menggesa agar semua penyokong dan ahli parti komponen Perikatan Nasional harus memastikan semua ahli keluarga dan kenalan yang mengundi di sini tetapi tinggal di luar kawasan untuk pulang mengundi.

“Pastikan anak-anak di luar sana balik mengundi. Kesilapan saya di DUN Tanjung Bidara yang menjadi iktibar buat saya apabila ramai pengundi luar tidak balik, peratusan pengundi yang mengundi hanyalah 49 peratus,” ujar beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menambah, mulai tahun 2022 berlaku perubahan yang sangat ketara dalam jumlah pengundi.

“Daripada 51 ribu jumlah pengundi dalam Parlimen Masjid Tanah pada tahun ini menjadi 69098 orang (pengundi). Peningkatan sebanyak 17 ribu orang ini memberikan satu cerminan yang kita boleh ubah lanskap dalam Parlimen Masjid Tanah ini.

“Setiap undi adalah berharga ‘waimma’ dengan satu undi pun kita menang, dengan satu undi pun kita boleh kalah. Tengok apabila saya kalah di Tanjung Bidara (dengan) 364 undi. Tipis! Walaupun saya telah menjangkakan akan mendapat sokongan yang lebih baik daripada orang Tanjung Bidara.

“Dan sebab itulah kita jangan rasa selesa. Kita jangan rasa rendah diri. Kita harus sama-sama genggam tangan kita sama-sama kita pandang ke hadapan kita pandang untuk kita ‘perang’ pada PRU-15 ini untuk kita sama-sama menang pada kali ini,” katanya bersemangat.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional yang berlangsung di Dewan Terbuka Astana Shafiis, Lubok Redan, di sini pada Sabtu (16 Oktober).

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi Perikatan Nasional parlimen ini.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Bersatu Negeri Melaka, Datuk Dr Baba Md Deni, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Azmi Sambul, Ketua Penerangan PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Nordin,  Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Rohizan Abdul Rahman dan suami kepada Mas Ermieyati, Helmi Talib.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
Datuk Dr Baba Deni (Tengah)
Helmi Talib (Suami Mas Ermieyati)
Ustaz Imran Abdul Rahman (kanan sekali)
Ketua Penerangan PAS Melaka, Ustaz Abu Naufal Nordin

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH