Home Artikel PAS Pahang

Jentera pilihanraya PAS DUN Bukit Ibam ikrar turun bertugas

398
SHARE

Rompin 22 September 2020/4 Safar 1442H

Jentera pilihanraya PAS DUN Bukit Ibam di letakkan dalam ‘mode’ siap sedia dan berikrar sepenuh hati untuk turun bekerja.

Bahang pilihanraya umum ke-15 seperti akan berlaku dalam masa terdekat dan seluruh jentera pilihanraya DUN Bukit Ibam di arahkan untuk bersedia.

“Pilihanraya Umum ke-15 kemungkinan akan berlaku dalam masa terdekat dan kita mesti bersiap untuk bertugas walaupun kita (PAS) tak tahu lagi di mana kerusi yang akan kita bertanding” Kata Ustaz Nazri Haji Ahmad selaku Yang DiPertua PAS kawasan Rompin ketika merasmikan Program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bukit Ibam, di sini.

PAS DUN Bukit Ibam mengadakan Program Pelancaran Jentera Pilihanraya peringkat DUN bagi memberi signal bahawa setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) sudah mula menjalankan kerja- kerja pilihanraya.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan bendera dan ‘banner’ carta organisasi kepada setiap UDM sebagai simbolik bahawa semboyan pilihanraya sudah mula berbunyi.

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Felda Keratong Lima di hadiri oleh 100 orang petugas mewakili 11 UDM telah berikrar akan menggerakkan kerja- kerja pilihanraya walau parti mana pun yang bertanding.

Penulis: Mohammad Khairul Izwan bin Ghazali