Home Fastaqim

Jentera Pemuda Siap Siaga Hadapi PRU

1485
SHARE

Jentera Pemuda Siap Siaga Hadapi PRU
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA NERUS: Himpunan Fastaqim 2.0 menjadi bukti istiqamah pendokong dan penyokong PAS bahkan ianya terkandung dalam hadis seeta dalil-dalil berkaitan istiqamah.

Selaku orang yang beriman kepada Allah SWT melalui Al-Quran telah disarankan supaya berdoa agar dikurniakan nikmat istiqamah dalam perjuangan.

Generasi-generasi terdahulu telah menerima ganjaran oleh Allah SWT atas usaha mereka yang terus istiqamah menyampaikan dakwah walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan serta cabaran.

Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika pelancaran jentera Pilihanraya PAS.

“Atas tuntutan inilah kita datang dari pelbagai pelusuk sehingga rakan kita dari Sabah dan Sarawak.

“Saya ucapkan tahniah kepada anak muda yang hadir, sejak dari semalam berkonvoi, menyettai oertandinagn acara, mereka tidak diupah, tidak dibayar, datang bersama untuk menunaikan tuntutan istiqamah.

“Ditanamkan kepada kita kecenderungan intima dengan parti kita akan mencapai kemenangan dalam PRU14.

“Alhamdulillah dua pertiga kami telah turun ke negeri yang dikenali dengan nama Jelajah Hijau melalui program itu jentera pemuda telah bersiap siaga untuk kita membawa obor Islam PAS

Justeru marilah bersama -sama memohon kepada Allah SWT mudahan allah menerima amalan dan perjalanan, pengorbanan yang kita berikan untuk menjayakan program Fastaqim 2.0.

Mudah mudahan dengan penganjuran himpuanan akan menjadi satu titik perubahan bahawa Islam mampu perubahan lautan manusia yang akan membawa penyelesaian Islam.