Home Fastaqim

Bakti ‘Ameerah Riders’ di Fastaqim 2.0

1366
SHARE

Bakti ‘Ameerah Riders’ di Fastaqim 2.0

Oleh: Aisyah Yamin

Kuala Nerus : Ameerah Terengganu telah mengambil inisiatif bijak untuk memberi solusi kepada permasalahan kesesakan lalu lintas di sekitar tapak Fastaqim 2.0 melalui penganjuran ‘Ameerah Riders’ di sini hari ini.

Program ini berjaya menggabungkan tenaga muslimat muda Pas  Ameerah Besut, Setiu, Kuala Nerus,Kuala Terengganu, Kuala Berang , Dungun, Kemaman dan Marang.

Taklimat Program kepada “riders” dan petugas telah diberikan seawal jam 8.30 pagi bagi memastikan kelancaran kelancaran trafik sepanjang tapak Fastaqim.

” Ini merupakan penganjuran pertama Ameerah berkaitan trafik dan ternyata sedikit sebanyak dapat mengatasi kesesakan lalu lintas.” Demikian ujar Siti Mariam, salah seorang petugas Ameerah Riders ketika mana ditemu ramah.

Menurutnya juga, khidmat yang diberikan ini melibatkan tiga kawasan berhampiran yang rata-rata nya merupakan destinasi penginapan para petugas dan orang ramai.

Mengakhiri temu bual, Siti dan dua orang lagi petugas yang masing -masing lebih mesra dipanggil Rawiyah dan Syarifah berharap agar mereka dapat menyumbang kepada kelangsungan gerak kerja jemaah baik dari segi harta mahupun tenaga.