Jentera PAS Pada Tahap Paling Maksimum
Oleh: Sofia Alwani Ali
Sebaik pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia 4 April lalu, jentera PAS seluruh Malaysia menunjukkan komitmen tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke-14 ini.
PAS yang mencecah jutaan keahlian terus teguh bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Aktiviti sempena PRU yang digerakkan seluruh peringkat semakin rancak, hingga menjadi perhatian penganalisis politik tanah air, tidak kurang juga mengundang kecaman seteru politik PAS.
Pemimpin BN antara yang menuduh PAS memberi ahli mereka pil kuda bagi menjalankan tugas pilihan raya manakala Prof Agus pula meramalkan PAS bakal kalah teruk di Kelantan.
Tun Dr Mahathir turut tidak ketinggalan, cuba merendah-rendahkan kedudukan Presiden PAS dengan menyuruh beliau pulang mengaji agama sahaja. Menurutnya, politik bukan bidang Presiden parti tersebut yang juga penyandang kerusi Rhu Rendang selama 40 tahun (bermula 1978).
Pada PRU 14 kali ini PAS bersama Gagasan Sejahtera bakal bertanding di 160 kerusi seluruh Malaysia, memecahkan rekod parti tersebut sejak menyertai pilihan raya pada 1955.