Home Artikel PAS Pahang

Jentera PAS DUN Sungai Lembing ikrar turun bertugas PRU15

578
SHARE

24 September 2020/6 Safar 1442H
Bukit Goh

Jentera pilihan raya PAS DUN Sungai Lembing sekarang berada dalam ‘mode’ siapsiaga serta berikrar sepenuh hati dan jiwa untuk melaksanakan tugas.

Bahang pilihan raya umum ke-15 seolah-olah akan berlaku pada bila-bila masa yang terdekat ini dan seluruh jentera pilihan raya DUN Sungai Lembing di arahkan bersiap-sedia.

“Samada PAS bertanding atau tidak, kerja2 PRU tetap dilaksanakan sebaik mungkin”, kata Yang Berhormat Haji Andansura bin Rabu, ADUN Beserah merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang ketika merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Sungai Lembing.

PAS DUN Sungai Lembing mengadakan program Pelancaran Jentera PRU15 peringkat DUN bagi memberi amaran bahawa setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) sudah mula menjalankan kerja- kerja pilihan raya.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan bendera kepada setiap cawangan dan UDM sebagai simbolik bahawa semboyan pilihan raya sudah berbunyi.

Program yang diadakan di Dewan Akademi Latihan Felda (ALAF) di hadiri oleh kira 85 orang petugas mewakili 8 UDM telah berikrar akan menggerakkan kerja- kerja pilihan raya walau parti mana pun yang bertanding.

Penulis: Wan Mohd Zailani & Che Husin Che Darus