Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Jelajah Hijau Pemuda Malaysia ke Negeri Sembilan

583
SHARE

Negeri Sembilan : Pada 14 Oktober 2017, Sabtu ini, kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan meneruskan Jelajah Hijau ke Negeri Adat Perpatih, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Sembilan, Konvoi Motorsikal Alternative Riding Club (ARC) Negeri Sembilan dan kemuncaknya di sebelah malam, akan diadakan Pentas Anak Muda.

Justeru, seluruh masyarakat dijemput untuk hadir ke Pentas Anak Muda yang akan menampilkan pemidato seperti Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Ir Haji Khairil Nizam Khiruddin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Saudara Nurul Islam Mohammed Yusuff, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia; Saudara Khairul Yazman Yahaya, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan dan beberapa pimpinan lain.

Bertempat di Tapak Kompleks PAS Seremban, di Jalan Ampangan-Jelebu, Seremban bermula jam 9 malam.

Semoga Jelajah Hijau peringkat Negeri Sembilan ini akan menambah sinar buat masyarakat ke arah membina Negeri Sembilan yang Sejahtera.