Home Berita PAS Perak

Jangan kita biarkan mereka bersendirian!

8
SHARE

 

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢𝐚𝐧!
Assalamualaikum
Saudara-saudari sekalian, genap satu tahun tragedi Taufan Al-Aqsa, di mana Israel terus-menerus menindas dan menyerang saudara-saudara kita di bumi Palestin. Sejak itu, ribuan nyawa melayang dan derita berpanjangan, namun semangat perjuangan mereka tetap membara.
Justeru itu, kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama turun ke Himpunan 1 Tahun Taufan Al-Aqsa pada 12 Oktober ini. Marilah kita berhimpun di Kuala Lumpur, jam 2 petang, untuk menyuarakan sokongan dan solidariti terhadap saudara kita di Palestin.
Jangan kita biarkan mereka bersendirian! Ayuh, kita tunjukkan bahawa umat Islam bersatu mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan tanah Palestin yang suci.
الله أكبر!