Home Berita PAS Perak

Jangan Kesali Sumbangan Kita : Dewan Ulamak PAS Kawasan Tambun

669
SHARE

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.اما بعد.

Firman Allah dlm
Surah At-Taubah Ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Alhamdulillah PRU 14 telah pun kita hadapi..walaupun apa yang kita cit-citakan belum di izinkn Allah disini.

Kita merancang,Allah juga merancang.
Janganlah kita semua wahai para pejuang menyesali atas segala yang telah kita sumbangkn untuk jamaah yang kita dokong ini.

Teruskanlah bekerja untuk islam kerana kerja-kerja islam bukan semata-mata untuk meraih kemenangan,tetapi demi menggapai mardhatillah sebagai bekalan utk kita.

Banyakkan munajat, mohon kemenangan islam. Apatah lagi kita bakal menempuh Ramadhan sebagai bulan yg Allah sediakan untuk kita makin Taqarrub padaNya.

Kalah bukan beerti kita salah, menang bukan bermakna mereka betul akan tetapi terimalah semua ini dengan rasa taqwa.

Allah lebih mengetahui apa hikmah sebaliknya.
Tingkatkan iman,susun gerakerja terancang, patuhi arahan pimpinan.

Bina kesatuan hati,kesatuan fikrah dan kesatuan amal agar segala fitnah yg mendatang, tidak menggugurkan kita daripada jemaah ini.

سيرو على بركة الله..
اخوكم..
محمد رشدي سعد خادم بدار التقوى.