Home Artikel PAS Perak

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun (Dmpk) : Menghargai Pengorbanan Guru

77 views
SHARE

TAMBUN – Sebuah program menyantuni guru-guru di sekolah telah dijalankan hari ini bersempena Hari Guru Malaysia.

Antara sekolah yang dipilih adalah sekolah jenis kebangsaan ( Cina) Hing Hwa Tambun, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan beberapa lagi sekolah yang lain.

Kehadiran muslimat ke sekolah tersebut disambut dengan penuh senyuman dan dialu-alukan kedatangannya oleh Guru besar.

Program ini diketuai oleh Cik salina, Ketua Lajnah Pendidikan dan beberapa wakil lajnah yang lain.Turut dihadiri oleh muslimat-muslimat cawangan.

DMPK juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah banyak berkorban demi melihat anak-anak bangsanya berjaya. Sungguh jasa dan keringat yang dicurahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

Terima kasih cikgu!