Home Berita PAS Pahang

Jangan jadi halimunan di media sosial

102
SHARE

Oleh : HANANI ZAKI

INDERA MAHKOTA, 28 Jul – Muslimat PAS Indera Mahkota diseru agar tidak menjadi halimunan di media sosial dalam Bengkel Facebook di Balok di sini semalam.

Tenaga pengajar program tersebut  Wan Rahmat Wan Yahya berkata demikian agar muslimat mengaktifkan media sosial yang telah dibangunkan khasnya di Facebook.

“Aktifkan jangan jadi halimunan,  hari-hari buat share, like dan komen sekiranya tiada aktiviti yang hendak dimuat turun agar Facebook sentiasa timbul di media sosial.

“Jadikan media sosial sebagai saluran untuk merapatkan hubungan kita dengan masyarakat dengan bahan-bahan yang ada kualiti dan mesej yang hendak disampaikan supaya orang follow kita kerana suka kepada kita,” kata beliau lagi.

Program kali kedua yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Indera Mahkota itu dimuatkan juga dengan cara-cara menulis untuk menarik minat orang membaca dan mempunyai perasaan ingin tahu cerita lebih lanjut dari penulisan tersebut.

Sementara itu Pengarah Program LPMB DMP Indera Mahkota Habsah Ali berkata, bengkel tersebut telah berjaya membangunkan Facebook di peringkat muslimat cawangan dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota sebagai persediaan menghadapi pilihanraya ke-16 nanti.

“Yang lebih menarik Ketua As-Sabiqat Sidang As-Sabiqun Pahang, Hasnah Arshad juga menyertai bengkel ini dan telah berjaya membina Facebook As-Sabiqat Pahang untuk aktiviti dan gerakerja mereka.

“Beliau bukan sahaja menjadi perangsang dan icon bagi muslimat yang seangkatan dengannya, malahan juga bagi muslimat muda untuk terus bergiat aktif,” katanya lagi.