Home Pedoman Haraki

Jangan Beriman Dengan Sebahagian Nas Dan Kufur Sebahagian Lagi

924
SHARE

 

JANGAN BERIMAN DENGAN SEBAHAGIAN NAS DAN KUFUR SEBAHAGIAN LAGI!

Isu pengeboman masjid di Sinai, Mesir masih lagi hangat dengan kecaman terhadap kumpulan Islam yang melakukan keganasan tersebut. Lebih malang, Al-Syahid Syed Qutb yang sudah lama meninggal dunia dipalit dalam isu ini ekoran tuduhan fahaman takfirnya melebar dalam masyarakat.

Ramai daripada kalangan Ulama Mesir bersiaran di kaca TV memburukkan keperibadian Al-Syahid dan membelek semula karya-karya Al-Syahid yang boleh dikaitkan dengan keganasan!. Para penentang Syed Qutb turut beriman dengan hujah tokoh Ulama haraki yang diterima oleh seluruh dunia Islam, Al-Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam mengkritik pandangan Syed Qutb. Antara sebaran yang dibawa:

ان فكرة التكفير لمسلمى اليوم لم ينفرد بها كتاب (المعالم فى الطريق) بل اصلها فى [فى ظلال القران} وفى كتب اخرى اهمها (العدالة الاجتماعية)

يوسف القرضاوى
ابن القرية والكتاب ملامح سيرة ومسيرة

Dalam nas tersebut, para penentang Syed Qutb menukilkan kenyataan Al-Qaradhawi yang turut menyanggah fikrah takfir yang dibawa oleh Syed Qutb dalam karya beliau seperti Fi zhilal Quran, Al-Adalah Al-Ijtimaiyyah dan Maalim Fi Al-Thariq.

Bagi mereka, Al-Qaradhawi sendiri yang menentang dan menolak fahaman yang dianuti oleh Syed Qutb tersebut. Apakah mereka tidak membaca terlalu banyak kenyataan dan penegasan Al-Qaradhawi dalam mengiktiraf Syed Qutb sama ada dalam karya dan ucapan beliau dikaca TV?.

Antaranya, Al-Qaradhawi memuji Syed Qutb semasa ditanya oleh wartawan berkaitan keperibadian, keilmuan dan perjuangan Syed Qutb dalam salah sebuah rancangan TV Al-Fara’in Misr. Tegas beliau:

من هو سيد قطب؟ أقول حقا؛ سيد قطب أحد عظماء الرجال في أمتنا ، في تاريخنا الحديث والمعاصر. هو مسلم عظيم إذا قسنا العظمة مقياس الإنسانية. وهو أديب عظيم إذا قسنا العظمة مقياس الإبداع في الأدب والنقد الأدب. وهو داعية عظيم إذا قسنا العظمة بقوة التأثير في الدعوة والتوجيه. وهو عالم ومفكر عظيم، له أثره في العلم والفكر إذا قسنا العظمة بمقدار استقلال الفكر وأصالة العلم. وهو أيضا مسلم عظيم إذا قسنا العظمة بالبذل والتضحية في سبيل الله. وحسبنا ان الرجل قدم عنقه ودمه فداء للدعوة، وأعتقد أنه ممن ينطبق عليه قول الله { قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين.. }

Jelas daripada ucapan tersebut, bahawa Al-Qaradhawi mengiktiraf kehebatan peribadi, ilmu dan perjuangan Al-Syahid Syed Qutb. Selain beliau adalah seorang alim, pemikir, sasterawan dan pendakwah ulung, beliau juga adalah pejuang ikhlas yang telah menyerahkan lehernya ke tali gantung demi penegakan Islam di Mesir.

Kenyataan dan tulisan para Ulama hendaklah dinukil dengan penuh cermat. Boleh jadi karya lama telah dijawab dan diadun semula dengan olahan baru. Lagipun Al-Qaradhawi masih ada dihadapan mata kita semua, sila berhadapan dengan beliau dan ajukan soalan berkaitan perjuangan Syed Qutb! Saya yakin pujian dan pengiktirafan kesyahidan serta kegemilangan penulisannya termasuk Fi Zhilal Al-Quran akan disanjung lebih tinggi!

Jangan beriman dengan sebahagian nas dan kufur sebahagian lagi!

 Asri eddiwanie